Wednesday, 9 September 2015



Sajak merdeka 2015, Sehati Sejiwa


logo merdeka 2015, sehati sejiwa, logo merdeka sehati sejiwa 2015,Sejak merdeka kembali lagi untuk tahun 2015. Tema merdeka tahun ini ialah sehati sejiwa. Agak sukar sebenarnya untuk membuat sajak untuk tema sebegini. Maksud sehati sejiwa itu tampak terlalu abstrak untuk kita kembangkan menjadi satu baris ayat yang cukup bermakna untuk para pengkritik mencari apa maksud tersirat dan tersurat yang cuba penulismenyampaikannya.
Sejati sejiwa.
Kita menikmati erti kemerdekaan selama58 tahun ini, kita semua sepakat mengakui inilah kemerdekaan yang kita ucapkan, kita banggakan,
tetapi kita tidak tahu maksud sebenar apa itu kemerdekaan ?? Merdekah kita??
Sehati sejiwa
Kita bersama rasa, seia sekata, sependapat, saling menyayangi antara dua insan,
susah sama diharungi, manis sama dikecapi dan pahit maung sama dirasai.
Kita menghayati erti kemerdekaan mengharungi hari-hari mendatang tanpa kita sedari kita lupakan perjuangan nenek moyang kita…
Sehati sejiwa…
Ku lontarkan pertanyaan ini kepada diri ku sendiri..
Dimana bangsaku, dimana kedudukan ku, dimana agama ku, di mana rakan ku??
Aku yang berpijak di bumi malaysia seperti aku yang asing di bumi ini..
Laungan satu malaysia yang ku dengari selama ini.. adakah ianya benar-benar tercapai??
Sehati sejiwa…
Lautan api sanggup direnangi genggam bara sampai jadi abu, berpantang ajal sebelum maut, itulah nenek moyang kita yang sudah pun berkorban demi anak cucu kita..
Kitalah yang menikmati bersama-sama … ibarat menanam pokok durian yang bertahun-tahun menunggu hasil nya…
Sehati sejiwa…
Biarpun kita tidak sama fahaman, ideologi, agama, bangsa dan tidak satu tanah. Namun, kita semenanjung sabah dan sarawak mengakui inilah malaysia kita yang dibanggakan. 
Kita memerlukan diantara satu sama lain..
Kita tidak racist, kita tidak pilih kasih, kita sehati sejiwa…
Sehati sejiwa…
Janganlah kita robohkan kota kemerdekaan yang dibina selama ini… bersatu hatilah memacu perpaduan ekonomi negara kita…
Bersatulah kita semua mengembling tenaga, jangan biarkan anasir luar menjajah kembali negara kita.
Cukuplah kita semua dijajah oleh pemikiran dan fahaman luar yang kita tidak akan dapat merdekakan ianya kembali…
Sehati sejiwa…
Akhirnya aku mengalah… inilah negara kita, tidak mampu bertahan lagi…. kerana anak bangsa ku sendiri yang merobohkan sendiri istana kemerdekaan… 
S Suci
E Emosional
H Harum
A Amanah
T Tulus
I Ikhlas
D Dinamik
A Alim
N Naif
S Setia
E Egoistik
J Jujur
I Idealistik
W Warak

A Abadi




 #sehatisejiwa



Thursday, 27 August 2015

Perdana-perdana Menteri Malaysia


Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama @ 1
Bapa Kemerdekaan
Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 08 Februari 1903,
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda)
Pendidikan :
1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916 – Penang Free School, Penang
1925 – lulus B.A. dari University Cambridge
1945 – lulus LLB, dari Inner Temple, London
Kerjaya :
1946 – bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulimdan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KLdan Presiden Mahkamah Session Selangor
1951 – dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 – Rombongan Merdeka ke London
1957 – Merdeka. Perdana Menteri Pertama
1962 – rombongan ke London – Gagasan Malaysia
1963 – Gagasan Malaysia – 16.09.1963
1970 – bersara daripada politik


Biodata Perdana Menteri Malaysia kedua @ 2
Bapa Pembangunan

Nama :  Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang

Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK
1940 – Raffles College Singapura ± Pentadbiran
1947 – ke England sebagai Queen’s Scholar dalam bidang Undang-Undang
1950 – lulus LLB. (Hons) dari Lincoln’s Inn, Barristar at Law

Kerjaya :
1952 – Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 – Menteri Besar Pahang, meletak jawatan – bertanding pilihan raya pertama danmenang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yangmenentukan sistem pelajaran negara pada 16.05.1956. Bergelar BapaPembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau menaikkan taraf luar bandar
1970 – 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yangberhemah tinggi, jujur dan amat disegani.


Biodata Perdana Menteri Malaysia ketiga @ 3
Bapa Perpaduan

Nama : Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru

Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge
1940 – Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India
1958 – Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London

Kerjaya :
1942 – bertugas di Mesir
1945 – pemerintah Polis Depot, Johor Bahru
1946 ± menyertai UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama
1950 – ADO, Kuala Selangor, Klang
1970 – Menteri Pelajaran
1973 – Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri
1976 – Perdana Menteri Malaysia Ketiga
1981 – bersara daripada politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia



Biodata Perdana Menteri Malaysia keempat @ 4
Bapa Pemodenan Malaysia


Nama : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah

Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah KedoktoranPerubatan MBS – 1953

Kerjaya :
1945 – aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO
1954 – bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis
1957 – membuka klinik sendiri di Alor Setar, iaitu Klinik MAHA
1964 – memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan
1973 – dilantik Pengerusi FIMA
1975 – Naib Presiden UMNO
1976 – Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri
1981 hingga 2003 – Perdana Menteri Malaysia Keempat


Biodata Perdana Menteri Malaysia kelima @ 5
Bapa Pembangunan Modal Insan


Nama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939
Tempat Lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pendidikan :
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam

Kerjaya :
1964 ± Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam
1969 ± Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1974 – Timbalan Ketua Setiausaha dalam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1978 – Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1980 – Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan
1981 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1984 – Menteri Pelajaran
1986 – Menteri Pertahanan
1991 – Menteri Luar Negeri
1999 ± Timbalan Perdana Menteri Malaysia
2003 hingga 2009 ± Perdana Menteri Malaysia Kelima



Biodata Perdana Menteri Malaysia keenam @ 6


Nama: YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang

Pendidikan :
Institusi St. John, Kuala Lumpur
Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Kerjaya :
1978-1980 – Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 – Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 – Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 – Menteri Besar Pahang
1986-1987 – Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Kebudayaan
1990-1995, 1999-2008 – Menteri Pertahanan
1995-1999 – Menteri Pendidikan
2004-2009 ± Timbalan Perdana Menteri
2009-kini ± Perdana Menteri Malaysia Keenam

Sejarah Kemerdekaan Malaya



Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yg disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dgn laungan dan pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil drpd perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dlm menuntut kemerdekaan tanah melayu.

Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat tlh berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dgn cahaya lampu yg berwana-warni utk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia.

Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakan MERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yg merdeka.

Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain tlh dihiasi dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf ‘MERDEKA'.

Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11haru mulai dari 29 Ogos hingga 7september 1957 .

Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dgn upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sblm tarikh perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester,ialah bapa saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen did lm perayaan merdeka dan utk tujuan menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .

Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur terus disambut dgn penuh meriah .Selain drpd Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dlm sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selaindrpd menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu tlh diadakan pada jam 8:15 pagi dgn dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai murid-murid sekolah

Wednesday, 26 August 2015


TANAHAIR

(menjelang kemerdekaan)

Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani

Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

 Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

Tongkat Warrant
1956